Saturday, 27 July 2013

Selepas Tiupan Sangkakala Yang Pertama...


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

Monday, 15 July 2013

Adira Nafi Bertunang Dengan Presiden GBG1M

Adira Nafi Bertunang Dengan Presiden GBG1M

PENYANYI Adira menafikan dia telah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin seperti yang didakwa ramai pihak.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, sebaliknya dia baru sahaja mengenali pemuda tersebut sejak beberapa bulan lalu dan terkejut apabila dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
“Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal.
“Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Bagaimanapun tambah Adira, dia mengakui bahawa Shahrul adalah lelaki yang paling rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing, cuma perhubungan itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.
“Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya,” ujar Adira.
adirak
Pada minggu lalu, Adira heboh dikaitkan dengan Shahrul apabila penyanyi itu sering memuat naik foto mereka berdua di laman sosial Instagram.
Lebih menjadi tanda tanya pada semua, apabila pereka fesyen Ezuwan Ismail pula memuat naik foto Adira dan Shahrul yang sedang menempah baju dengan tulisan status ‘Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk…’.
Beritahu Adira, ramai yang salah faham berkenaan status yang ditulis Ezuwan kerana tujuan dia dan Shahrul menempah baju adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen itu di Kelantan yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.
“Jadi memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya sekali di rumah keluarganya.
“Dan saya pula akan bercuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung di Sabah sebelum bertolak ke Kelantan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Adira bakal muncul dengan sebuah single lagu baharu selepas sambutan Aidilfitri nanti dan akan keluar dengan album penuh yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu pada akhir tahun ini. – mStar

Rawatan Muka Terbaru - Siput

Guna Siput Buat Rawatan Muka

TOKYO, JEPUN – Bayangkan siput bergerak di atas wajah anda demi kecantikan?? Pastinya bagi anda ia seperti menyertai salah satu acara dalam program TV Fear Factor. Bagi wanita di Jepun ia adalah salah satu daripada rawatan kecantikan jenis baru.
Bermula hari ini, wanita yang mahu menghilangkan sel kulit mati mereka, menutup liang pori, kembali terasa muda boleh menghadiri dan mencuba rawatan muka menggunakan siput.
Manami Takamura, salah seorang pekerja di salon kecantikan di Tokyo bernama Ci:z.Labo, menjelaskan kebaikan rawatan kecantikan siput apabila meletakkan tiga ekor siput di atas wajah seorang wanita.
Menurut beliau cecair yang keluar dari siput itu membantu menghilangkan sel kulit mati, memperbaiki kulit yang rosak akibat pancaran matahari dan melembapkannya.
Dengan cara ini, pelanggan dapat menikmati 100 peratus khasiat cecari siput semula jadi terus ke atas kulit.
Cecair dari siput dikatakan boleh melambatkan proses penuaan, dan beberapa produk kosmetik sudah pun dijual dengan mengandungi cecair dari siput Escargot. – IBNU K
FacialSiput01

Pantun Jenaka Seisi Keluarga



Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap 

Demam Candy Crush


Bung Mokhtar Ketagih Candy Crush
Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.
Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.
Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.
Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan:  ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!
#suamidahjumpacintabaru’

Volkswagen Cipta Pembakar Roti Unik

Volkswagen Cipta Pembakar Roti Unik

PENGELUAR kereta terkemuka Volkswagen telah mengeluarkan sebuah produk yang sangat menarik untuk dimiliki oleh penggemar kereta buatan syarikat tersebut.
Mereka telah mereka sebuah pembakar roti yang unik beserta logo jenama kereta tersebut.
Bagaimanapun, produk unik dan comel ini hanya dikeluarkan terhad kepada lima ribu unit sahaja dan ianya diberi percuma kepada pemilik yang datang untuk servis kenderaan mereka di pusat-pusat yang terpilih.
Unik juga idea Volkswagen ni kan.  Mana tahu pesaing dia pula boleh keluar dengan idea sebegini rupa untuk menggalakkan orang membeli kereta mereka pula selepas ini kan.

114
27
36
44

Bersiap Sedia Sambut Bayi Diraja Britain

Semua Bersedia Sambut Bayi Diraja Britain

PIHAK hospital sudah bersedia, Wikipedia sudah bersedia dan beberapa akaun Twitter sudah tersedia sehinggakan akhbar paling kreatif di Britain juga sudah kehabisan idea, tetapi semalam masih tiada tanda akan lahirlah putera bagi pasangan Diraja Prince William dan Kate Middleton.
Sementara menunggu isterinya melahirkan anak yang bakal menjadi giliran ketiga pewaris takhta Britain, William menghabiskan masa bagina dengan bermain poko, bermain di beberapa perlawanan amal pada Sabtu dan Ahad bersama adiknya Putera Harry.
Baginda juga sudah mengambil cuti selama dua hari dari tugasnya sebagai juruterbang helikopter penyelamat di Wales, demikian menurut seorang jurucakap Istana Buckingham.
Pihak Istana Britain terus mengunci rahsia tentang kelahiran bayi pasangan Diraja itu tetapi mengatakan isteri William itu akan melahirkan anak pada pertengahan Julai.
Beberapa wartawan sudah menulis bahawa Sabtu adalah hari kelahiran manakala beberapa pihak mengatakan Ahad akan terjadi kelahiran tetapi kesemuanya masih samar-samar tentang bilakah kelahiran anak pasangan tumpuan dunia itu.
Bagaimanapun, kesemua persedian menyambut bayi berkenaan di pihak media sudah pun bersedia. Bayi comel itu sudah pun mempunyai laman web Wikipedia sendiri dengan tajuk “Child of The Duke and Duchess of Cambridge”.
Beberapa akaun Twitter juga sudah dihasilkan antaranya @RoyalFoetus yang sudah pun menerima 5,500 followers pada 19 Jun lepas.
Lebih menarik, jurufoto sudah pun berkhemah selama dua minggu di luar Hospital St Mary di London di mana Catherine dijadualkan akan melahirkan anak.
Sebaris ruang parkir di luar hospital sudah pun disediakan untuk kerabat di Diraja di bahagian Lindo Wing sehingga akhir bulan.
Menurut laporan Sunday Times, Parar Obstetrik dan Ginekologi Marcus Setchell Kate akan diiringi oleh kenderaan polis ke hospital apabila baginda akan melahirkan nanti. – IBNU K
Laporan asal metro.co.uk.