Monday, 15 July 2013

Bersiap Sedia Sambut Bayi Diraja Britain

Semua Bersedia Sambut Bayi Diraja Britain

PIHAK hospital sudah bersedia, Wikipedia sudah bersedia dan beberapa akaun Twitter sudah tersedia sehinggakan akhbar paling kreatif di Britain juga sudah kehabisan idea, tetapi semalam masih tiada tanda akan lahirlah putera bagi pasangan Diraja Prince William dan Kate Middleton.
Sementara menunggu isterinya melahirkan anak yang bakal menjadi giliran ketiga pewaris takhta Britain, William menghabiskan masa bagina dengan bermain poko, bermain di beberapa perlawanan amal pada Sabtu dan Ahad bersama adiknya Putera Harry.
Baginda juga sudah mengambil cuti selama dua hari dari tugasnya sebagai juruterbang helikopter penyelamat di Wales, demikian menurut seorang jurucakap Istana Buckingham.
Pihak Istana Britain terus mengunci rahsia tentang kelahiran bayi pasangan Diraja itu tetapi mengatakan isteri William itu akan melahirkan anak pada pertengahan Julai.
Beberapa wartawan sudah menulis bahawa Sabtu adalah hari kelahiran manakala beberapa pihak mengatakan Ahad akan terjadi kelahiran tetapi kesemuanya masih samar-samar tentang bilakah kelahiran anak pasangan tumpuan dunia itu.
Bagaimanapun, kesemua persedian menyambut bayi berkenaan di pihak media sudah pun bersedia. Bayi comel itu sudah pun mempunyai laman web Wikipedia sendiri dengan tajuk “Child of The Duke and Duchess of Cambridge”.
Beberapa akaun Twitter juga sudah dihasilkan antaranya @RoyalFoetus yang sudah pun menerima 5,500 followers pada 19 Jun lepas.
Lebih menarik, jurufoto sudah pun berkhemah selama dua minggu di luar Hospital St Mary di London di mana Catherine dijadualkan akan melahirkan anak.
Sebaris ruang parkir di luar hospital sudah pun disediakan untuk kerabat di Diraja di bahagian Lindo Wing sehingga akhir bulan.
Menurut laporan Sunday Times, Parar Obstetrik dan Ginekologi Marcus Setchell Kate akan diiringi oleh kenderaan polis ke hospital apabila baginda akan melahirkan nanti. – IBNU K
Laporan asal metro.co.uk.

No comments:

Post a Comment